Saturday 21 September 2013

isi hatii



pabila berjalan lagakku seperti gengstar yang tidak pernah takut kepada iron man, capten America, thor, superman dan spesis spesis sepertinya. pabilaa bercakap terlalu berkayakinan mengalahkan PakNil sehingga semua tidak mengerti apa isi hati ini yang sebenar. pabila ketawaa/tersenyum seperti dunia nie aku yang punya, di sebaliknya tersembunyi sejuta perasaan yang tidak mungkin seorang pun mengerti.

kadang kadang aku terfikir sampai bila lakonan ini akan habis aku dah penat untuk menjadi pelakonn hebat, action aku mengalahkan Aoron Aziz. itulah akuu yang suka memendam perasaan yang suka berpura-pura tiada masalah, hebat, kuat di depan semua tetapi hakikatnya aku lemahh, aku lembik seperti ulat buluu yang berjalan lembap di atas dahan pokok tetapi bila ia tahu kelemahan itu ia lindungi dirinya dengan bulu-bulu gatal supaya semua manusia hindari diri darinya. k faham dok? tak faham? hahahha kesah pulak

terlalu banyak yang disimpan dalam hati ini, hendak di luahkan tiada seorang pun yang akan faham yang menemani hanya air mata. aku sebenarnya tidaklah seperti perempuan perempuan di luar sana. aku tidak mempunyai kawan baik mungkin sudah di takdirkan sejak kecil aku hanya keseorangan. hidupku sunyi, bukan kerna mereka yang membuatkan aku sunyi tetapi aku lebih memilih jalan ini. aku lebih suka berdiam diri dari berkata

dear hacker: aku diam bukan bermakna aku takut, ianya juga bukan bermakna aku salah. aku diam hanya untuk membetulkan keadaan, membetulkan yang keruh dan gantikan dengan yang jernih. mungkin nanti suatu hari bila kau dah penat mencari salah aku, kau akan senyap. itu hanya satu kemungkinan, aku juga harap begitu.

 kau benci aku 'kononnya' dari kelantangan mulutku pabila berbicara, aku cakap benda yang betul. aku mengeluarkan fakta. aku melarang bukan aku berlagak baik tetapi sabagai sahabat wajib untuk aku menegur kawan yang tepesong. ilmu agamaku tidaklahh setinggi mana, aku belajar tidaklah sampai ke negeri Cina tetapi sekurang-kurangnya aku mempunyai niat yang ikhlas untuk melindungi sahabat-sahabatku dari menjadi 'sampah masyarat' sekali terlanjur perbuatan mahupun bicara buruk padahnya.

aku juga seperti manusia lain, mempunyai buah hati yang selalu di puja puja. bagiku dia ada gaya yang tersendiri membuatkan hati wanitaku cair dengan semua caranya. mungkin juga kerana dia seorang yang lawak yang sering membuatkan aku tergelak bila disampingnya. caranya, lagaknya, suaranya membuatkan aku jadi gila bayang. mungkin salah ku juga kerana tidak pernah berhati hati bila bercinta membuatkan akhirnya aku kecewa sendiri.

sampailah suatu hari dia terus terang dengan aku yang sebenarnya dia tidak pernah mempunyai perasaan yang sama seperti aku. dia hanya anggap aku sebagai kawan dan tak lebih dari itu. pada hari tu aku buntu, lidahku jadi kelu, otakku seperti mati dek kehabisan minyak aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan, aku bagaikan hilang arah. dalam masa yang sama ada terselit rasa bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah sudah menjauhkan aku dengan orang yang tidak mencintai diri ini





tetapi sedih terlalu menguasai diri membuatkan aku lupa pada semua itu, hati wanita ku hancur untuk yang kedua kali, bayangan hitam yang lalu terus menerjah ke dalam sarang otakku. aku takut, ya aku takut melalui semua ini sendirian sedangkan dia disana gembira kerana sudah bebas dari aku. mungkin.

aku tahu dia lebih segalanya dari aku mungkin kerana itu kau tidak pernah pandang aku. sedangkan aku hanyalah gadis biasa yang tidak mempunyai apa-apa. tetapi itu tidak pernah memberi apa apa kesan kepada kau untuk memandang aku. kau hanya pandang aku dari sudut mata kasar